Tuesday, June 1, 2010



Assalammualaikum, dan salam sejahtera kepada pelayar-pelayar blog panitia sejarah smkak. Hari ini saya membincangkan tajuk kejatuhan melaka ke tangan penjajah portugis, Kegemilangan Melaka sebagai pusat pelabuhan enterpot yang penting sekitar abad ke 14, telah menarik minat ramai peneroka asing, berniaga di Melaka, tidak kurang juga yang bercita-cita menguasai Melaka.
Kecemerlangan dan kegemilangan Melaka pada ketika itu, telah membuatkan pemimpin kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lupa dan lalai, akan musuh yang sering mengintai peluang yang ada.
Kepimpinan kerajaan kesultanan Melayu Melaka kian lemah, akibat persengketaan dalaman antara bendahara Tun Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah, Tun Mutahir telah difitnah cuba mengatasi kekayaan Sultan Melaka. Sultan pula secara terburu-buru tanpa diselidiki lagi telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya. Akibatnya Melaka telah kehilangan seorang bendahara yang berwibawa selepas Tun Perak. Kematian Tun Mutahir telah melemahkan lagi kepimpinan Kerajaan Melaka. Maka dari rentetan peristiwa itu Kerajaan Melaka diambang kemusnahan. Di sini kita boleh mengambil iktibar terhadap peristiwa itu, bahawa jangan sekali-kali mengambil sesuatu tindakan terburu-buru sebelum dikaji dari pelbagai sudut. Sekian sampai di sini, sehingga kita bertemu lagi untuk membicarakan faktor yang lain pula.

Sekian terima kasih
YM.

No comments:

Post a Comment